Friday, 13 November 2015

Seni Jidar


SENI JIDAR oleh : Hartini Ahmad

Seni jidar merupakan salah satu hiasan dan corak yang sering digunakan untuk menambah keindahan dalam seni kaligrafi. Kebanyakan corak hiasan dibuat pada bahagian tepi dan penjuru muka surat tersebut. Motif corak yang digunakan adalah berdasarkan sumber alam dan geometri.

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada anda memahami pelbagai  cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi satu rekaan jidar atau kerawang dibahagian tepi kertas. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan dengan mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti tulisan khat , kraf , kad dan sebagainya.
 
pada kebiasaanya  murid sekolah rendah dan menengah yang menyertai petandingan kaligrafi pasti akan menambah hiasan dibahagian tepi hasil tulisan dengan pelbagai-bagai corak. Menghasilkan jidar adalah salah satu seni yang seringkali digunakan.
 
Untuk menghasilkan seni jidar yang ringkas dan menarik dengan kaedah yang mudah, mari kita ikuti langkah ini.
 
 
Image result for contoh tulisan khat dan corak tepiImage result for contoh corak kerawang
Image result for contoh corak kerawang
 
 
CARA MENGHASILKAN JIDAR
 
 
MOTIF CORAK

Pastikan anda telah memilih motif corak yang akan anda lukis.
  • Alam semulajadi-bunga,
  • Bahan buatan manusia
  • Geometri
  • Abjad
  • Rupa barangan kraf Malaysia

LANGKAH 1


Menyediakan bahan-bahan dan alat-alatan seperti kertas lukisan, pensel , pemadam, pembaris, pensil warna atau pen.
 
Image result for alat tulisImage result for alat tulis


LANGKAH 2
 
Mulakan menggaris dibahagian sudut bawah kertas, garis bentuk L menggunakan pensil dengan ukuran yang sama. Bahagikan tengah sudut dengan ukuran yang sama  juga. Ukuran ini bertujuan memastikan saiz jidar yang dihasilkan adalah sama.
 
Anda boleh terus melakar corak diatas ukuran  yang dibuat. Setelah selesai, lakar semula menggunakan pen kemudian padam kesan pensil. Akhir sekali warnakan jidar anda mengikut kretiviti.

CONTOH CARA MENGHASILKAN JIDAR DENGAN MUDAH
















CONTOH JIDAR YANG TELAH SIAP.

Image result for corak tepi kad kahwin

CONTOH HASIL LAKARAN DAN JIDAR YANG TELAH SIAP DIWARNAKAN.

Image result for cara melukis corak al quranImage result for tulisan khat beserta corak tepi

 
 
 SELAMAT MENCUBA !!!!!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 














 

1 comment: