1.
IKHLAS NIAT –
Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu
ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara
kerana Rasulullah S.A.W pernah memberi amaran yang mana Allah akan
menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk
kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya.
2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL - Sentiasa bersungguh-sungguh dalam
pembelajaran tanpa menurut keadaan dan masa dengan menghindari perasaan
malas dan mudah jemu dengan buku pengajian. Kita
hendaklah mencontohi ulama'-ulama' silam yang mana mereka belajar dalam keadaan
susah tetapi tekun semasa belajar.Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi
syaratnya iaitu berusaha, tekun, yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah
natijah ataupun keputusan kepada Allah sepenuh hati.
3.
MENJAUHI MAKSIAT –
Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahi munkar dalam diri dan
suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu adalah
nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa
disaluti dengan dosa..Jangan sekali-kali kita membuka jalan kepada maksiat
untuk bertapak di hati kita. Jangan terlalu mengambil mudah dan endah tak endah
sahaja terhadap perkara maksiat ini yang mana ia boleh menjerumuskan kita
kepada maksiat yang lebih besar lagi.
4. MEMILIH TEMAN YANG
SOLEH -
Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan
budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam rumah kita sendiri
samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui perbincangan yang
tidak rasmi setiap hari.Loqman Al-Hakim pernah
berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta
menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut
sama memperolehinya.
5. BERAMAL
DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI - Kita mengamalkan
segala ilmu yang dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita. Jadikanlah
ilmu yang dipelajari sebagai benteng kehidupan kita, serta berilah ilmu dan
manfaatnya kepada mereka yang memerlukan dan
jauhilah dari perkara yang
sia-sia.
SEKIAN...
perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat
ReplyDeleteJazakillahu khairan jaza'... Perkongsian ilmu yang Sgt bermanfaat
ReplyDelete