Friday, 20 November 2015

Malu


 Oleh : Hartini Ahmad

Malu dan Iman.
( Naqiuddin Ansarullah Blog ).
Malu dan keimanan itu ialah dua perkara yang saling bergandingan, seperti dikhabarkan dalam hadis yang bermaksud ;
“Malu dan iman itu adalah saling bergandingan antara satu sama lain, sekiranya terangkat salah satu daripada keduanya maka akan terangkat juga yang lainnya, (bermaksud jika hilangnya malu maka hilanglah iman, begitulah sebaliknya.) [Al-Hakim]
Juga daripada hadis Ibnu Umar r.a yang berkata; Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melintasi seorang pemuda Ansor, dan pemuda itu sedang menasihati saudaranya berkaitan sifat malu. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda ; “Biarkanlah dia, sesungguhnya malu itu sebahagian daripada Iman.”
“Sesungguhnya seseorang apabila bertambah kuat rasa malunya maka ia akan melindungi kehormatannya, mengubur dalam-dalam kejelekannya, dan menyebarkan kebaikan-kebaikannya. Siapa yang hilang rasa malunya, pasti hilang pula kebahagiaannya; siapa yang hilang kebahagiaannya, pasti akan hina dan dibenci oleh manusia; siapa yang dibenci manusia pasti ia akan disakiti; siapa yang disakiti pasti akan bersedih; siapa yang bersedih pasti memikirkannya; siapa yang pikirannya tertimpa ujian, maka sebagian besar ucapannya menjadi dosa baginya dan tidak mendatangkan pahala.  (Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas ).
 

Sabar


oleh : Hartini Ahmad
SABAR

Mereka yang sabar dengan ketentuan Allah swt. Golongan ini akan sentiasa berbaik sangka dengan Allah swt. Segala ujian sama ada dalam bentuk kesakitan mahupun kesedihan itu akan ditempuhnya dengan tabah dan dia yakin segala itu ada hikmah dan kebaikan untuk diri dan kehidupannya di muka bumi Allah swt. Ketikamana ditimpa ujian maka dia akan meletakkan tangannya di atas dada lalu berkata “Hasbiyallahu wa ni’mal wakil” iaitu cukuplah Allah itu bagiku dan dialah sebaik-baik pengatur urusan.( Imam Muda Asyraf ).

KELEBIHAN BERSIFAT SABAR

1-    Di ampunkan dosa untuknya.
2-    Allah SWT ingin mendengar sendiri ucapan hamba yang diuji-Nya .
(mukmin tersebut sentiasa memuji-muji kebesaran Allah SWT dengan dia bersabar dan tidak mengeluh).
3-    Di bebaskan daripada seksaan api neraka.
4-    Di berikan kesihatan yang lebih baik daripada sebelumnya.

5-    Di berikan ganjaran pahala tanpa batas.
6-    Mendapat selawat dan rahmat daripada Allah SWT.
7-    Mendapat balasan syurga.
8-    Jaminan mendapat pertolongan Allah SWT.
 

Semoga kita tergolong dari orang-orang yang sabar....Aamiin..

 

 

 

Adab Menuntut Ilmu



 

oleh : Hartini Ahmad

ADAB MENUNTUT ILMU ( halaqah.net

1.      IKHLAS NIAT – Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah  memberi  amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya.



2.      TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL -  Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran tanpa menurut keadaan dan  masa dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan buku pengajian. Kita hendaklah mencontohi ulama'-ulama' silam yang mana mereka belajar dalam keadaan susah tetapi tekun semasa belajar.Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun, yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada Allah sepenuh hati. 

 


3.       MENJAUHI MAKSIAT – Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahi munkar dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan dosa..Jangan sekali-kali kita membuka jalan kepada maksiat untuk bertapak di hati kita. Jangan terlalu mengambil mudah dan endah tak endah sahaja terhadap perkara maksiat ini yang mana ia boleh menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar lagi.

4.      MEMILIH TEMAN YANG SOLEH - Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam rumah kita sendiri samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui perbincangan yang tidak rasmi setiap hari.Loqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya.


5.      BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI - Kita mengamalkan segala ilmu yang dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita. Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng kehidupan kita, serta berilah ilmu dan manfaatnya kepada mereka yang memerlukan dan  jauhilah dari perkara yang  sia-sia.

 

SEKIAN...

 

 

 

 

 

 

khat nasakh

Add caption


WARISAN SENI KHAT
 


 
KHAT NASAKH

 Assalamualaikum...


Khat Nasakh telah menjadi pilihan utama dalam penulisan naskhah al-Qur'an di dalam dunia Islam, walaupun di sana terdapat pelbagai jenis gaya Khat sebelum dan selepas kewujudannya. Kelembutan, kejelasan serta keindahan khat ini telah mampu menarik perhatian masyarakat Islam lantas mengambil alih peranan penulisan al-Qur'an yang selama ini dipelopori oleh gaya Kufi. 

Pada hari ini juga khat Nasakh  mula dipelajari disekolah-sekolah, samaada sekolah rendah mahupun sekolah. Kebanyakan pelajar diajar bermula dengan asas khat Nasakh. Contohnya cara membentuk huruf tunggal  dan bersambung khat Nasakh.

Buat pembaca laman ini, saya ada kongsikan beberapa contoh menulis khat Nasakh.

 

Friday, 13 November 2015

Seni Jidar


SENI JIDAR oleh : Hartini Ahmad

Seni jidar merupakan salah satu hiasan dan corak yang sering digunakan untuk menambah keindahan dalam seni kaligrafi. Kebanyakan corak hiasan dibuat pada bahagian tepi dan penjuru muka surat tersebut. Motif corak yang digunakan adalah berdasarkan sumber alam dan geometri.

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada anda memahami pelbagai  cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi satu rekaan jidar atau kerawang dibahagian tepi kertas. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan dengan mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti tulisan khat , kraf , kad dan sebagainya.
 
pada kebiasaanya  murid sekolah rendah dan menengah yang menyertai petandingan kaligrafi pasti akan menambah hiasan dibahagian tepi hasil tulisan dengan pelbagai-bagai corak. Menghasilkan jidar adalah salah satu seni yang seringkali digunakan.
 
Untuk menghasilkan seni jidar yang ringkas dan menarik dengan kaedah yang mudah, mari kita ikuti langkah ini.
 
 
Image result for contoh tulisan khat dan corak tepiImage result for contoh corak kerawang
Image result for contoh corak kerawang
 
 
CARA MENGHASILKAN JIDAR
 
 
MOTIF CORAK

Pastikan anda telah memilih motif corak yang akan anda lukis.
  • Alam semulajadi-bunga,
  • Bahan buatan manusia
  • Geometri
  • Abjad
  • Rupa barangan kraf Malaysia

LANGKAH 1


Menyediakan bahan-bahan dan alat-alatan seperti kertas lukisan, pensel , pemadam, pembaris, pensil warna atau pen.
 
Image result for alat tulisImage result for alat tulis


LANGKAH 2
 
Mulakan menggaris dibahagian sudut bawah kertas, garis bentuk L menggunakan pensil dengan ukuran yang sama. Bahagikan tengah sudut dengan ukuran yang sama  juga. Ukuran ini bertujuan memastikan saiz jidar yang dihasilkan adalah sama.
 
Anda boleh terus melakar corak diatas ukuran  yang dibuat. Setelah selesai, lakar semula menggunakan pen kemudian padam kesan pensil. Akhir sekali warnakan jidar anda mengikut kretiviti.

CONTOH CARA MENGHASILKAN JIDAR DENGAN MUDAH
















CONTOH JIDAR YANG TELAH SIAP.

Image result for corak tepi kad kahwin

CONTOH HASIL LAKARAN DAN JIDAR YANG TELAH SIAP DIWARNAKAN.

Image result for cara melukis corak al quranImage result for tulisan khat beserta corak tepi

 
 
 SELAMAT MENCUBA !!!!!